top of page

BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN)

1.       Pada 14 Oktober 2011, satu Program Perhimpunan Kami Anak 1Malaysia

yang melibatkan bekas-bekas pelatih PLKN telah diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil, dihadiri seramai 15 ribu Alumni PLKN dan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri.

Semasa perhimpunan tersebut, YAB Perdana Menteri telah menyarankan agar Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) ditubuhkan untuk menjalankan kerja-kerja sukarelawan dalam masyarakat.

Selain daripada itu, penubuhan Briged ini juga diharap dapat membantu meluaskan capaian objektif PLKN di kalangan golongan dewasa khususnya berkenaan perpaduan kaum dan semangat kesukarelaan.

 

2.       Berdasarkan kepada hasrat YAB Perdana Menteri tersebut, Kementerian Pertahanan melancarkan BSKN ini pada 4 Februari 2012 di Padang Awam Bandar Dara Chini, Pahang yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, YB Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta penduduk sekitar Bandar Dara Chini.

 

Secara keseluruhannya seramai 10,000 orang telah hadir memeriahkan Majlis Pelancaran BSKN ini termasuk 3,000 orang bekas pelatih daripada 65 Kem PLKN di Semenanjung Malaysia.

3.       Nama BSKN ini dipilih sendiri oleh YAB Perdana Menteri dan pemilihan ini tepat memandangkan alumni PLKN pada masa ini telah mencecah kepada angka sebanyak 600 ribu ahli.

 

Selain daripada menyahut hasrat YAB Perdana Menteri, penubuhan BSKN ini juga dilihat dapat meluaskan capaian objektif pembangunan modal insan bukan sahaja pada peringkat anak remaja yang menjalani latihan PLKN tetapi juga bekas anggota PLKN yang telah dewasa dan masih mahu menyumbang khidmat kepada anggota masyarakat secara sukarela

© 2017 BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA NEGERI SEMBILAN

  • Facebook Round
  • Twitter Round
  • YouTube - Black Circle
  • Google+ - Black Circle
  • LinkedIn Round
bottom of page