FUNGSI UTAMA BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA
Peranan Briged ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja kesukarelaan secara berstruktur bersama-sama agensi-agensi peneraju, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. Fungsi Briged adalah seperti berikut
01
Bencana
Membantu pihak berkuasa dalam kerja-kerja yang berkaitan di lokasi bencana
02
03
04
Alam Sekitar
Melaksanakan aktiviti yang melibatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar termasuk membantu dalam menyalurkan maklumat awal kepada pihak berkuasa berkenaan risiko bencana alam seperti tanda awal tanah runtuh dan halangan yang wujud di sungai yang boelh menyebabkan banjir.
05
06
Kemasyarakatan dan Sosial
Membantu dalam kerja-kerja kesukarelaan yang melibatkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di hospital, rumah kebajikan, kemudahan-kemudahan awam dan lain-lain tempat yang bersesuaian.
Projek
Berfungsi sebagai pasukan penghubung dalam mendapatkan dana yang bersesuaian dalam program yang dirancang dan memantau kelancaran program yang dijalankan
Penerangan dan Publisiti
Menyampaikan maklumat dan informasi mengenai pergerakan dan aktiviti BSKN serta turut bertanggungjawab menarik lebih ramai alumni PLKN untuk menyertai dan bergerak aktif dalam Briged ini.
Akademik
Menganjurkan program motivasi / bimbingan akademik ke atas kumpulan sasar yang ditetapkan dengan melibatkan alumni PLKN yang berjaya dan mempunyai kemahiran tertentu.
07
Sukan
Penglibatan sebagai sukarelawan dalam sukan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan serta masyarakat setempat